Wednesday 21 December 2011

Rezeki Harun

 Seorang pemuda Harun Bin Deraman, umur 28 bujang tinggal bersama mak serta adiknya Junaidah. Harun kerja sebagai mat despatch di pejabat peguam milik bosnya, Encik Rosli. Harun mula bertugas semenjak kematian arwah ayahnya juga bekerja dengan Encik Rosli sebagai despatch 7 tahun yang lepas. Setiap hari Harun berulang alik kerja dengan Suzuki RG dan  menghantar surat kepada pelanggang diseluruh Melaka. Kadang-kadang panas terik, kadang-kadang hujan lebat menyebabkan Harun berimaginasi dia memerlukan sebutir kereta. Lagian, arwah ayah Harun hanya meninggalkan sebuah rumah biasa dan sebidang tanah dihadapan rumah. Susah hendak kemana mana dengan emak dan adik, pergi makan kenduri rumah saudara jauh misalnya. Mungkin jugak dia kini masih tidak mempunyai makwe oleh kerna tidak mempunyai kereta, walau rupa paras serupa vokalis kumpulan rock May jika dilihat dari jauh. Kalau la mempunyai sebutir kereta, mesti ada makwe mintak nombor talipon dengan member dia, sekurang kurang makwe berkelip mata lambat kalau memandang Harun. Getus nakal dalam otak Harun sambil tersenyum sipu malu. Lalu menghidupkan motornya setelah berhenti seketika dipertengahan jalan dek hujan lebat. `Kalau jodoh tak kemana walau takde makwe`, kata kata pemangkin semangat dari Junaidah sampai hari ni Harun tanam pada fikirannya dipelosok paling dalam..

Sampai saja kat rumah, benda yang pertama Harun buat ialah memeriksa burung dalam sangkar dan ikan di akuarium sambil memberi makan. Sayang sungguh Harun dengan binatang peliharaannya. Selesai operasi tu, barulah Harun naik atas rumah bagi salam kat emaknya.Orang lain sampai rumah pergi jenguk mak dulu, kemudian buat benda lain. Bangang jugak si Harun jika dikira dalam situasi ni. Namun Harun amat menyayangi emaknya lebih dari segala-gala kat atas dunia dalam kebangangannya. Adik perempuan Harun, Junaidah. Baru saja mendaftar dekat Kolej Kejururawatan di Perlis. Nasib baik emak dapat bekerja kat kantin sekolah ditepi rumahnya, tak la boring sangat emak Harun kalau dia tiada kat rumah. Kalau tak, emak Harun terpaksa memandang muka vokalis rock May tiap tiap hari. Selesai solat isyak, seperti biasa emak Harun memanggil untuk makan malam bersama sama. Itu la salah satu yang ditekankan oleh arwah ayah sejak dari kecik, solat. Sehingga kini keluarga Harun masih meneruskan amalan murni itu. Semasa Harun kecik, jika dia meninggalkan solat mesti ada tanda melekat di badan Harun takpun ditangan akibat dirotan. Kadang kadang Harun ada jugak menaruh perasaan dendam dulu, tapi bila diingatkan sekarang memang betul tabiat semulajadi ayahnya. Harun memang rajin solat walaupun arwah sudah lama meninggal, kadang kadang tu ada jugak terlepas. Maklumlah remaja lincah seperti Harun.

Jika tidak keluar melepak dengan kawannya pada waktu malam, Harun mempunyai hobi yang jarang jarang di temui sekarang ni. Menyertai peraduan atau pertandingan terdapat dalam majalah dan surat khabar yang dirembat oleh Harun dipejabat bawa balik rumah. Tak lupa jugak yang diiklankan dalam tibi, kertas yang digantung dalam pasaraya, seperti peraduan PowerRoot contohnya. Malah peraduan kanak kanak dalam keropok jugak gemar Harun sertai. Harun Harun...!! Maka, jenuh la dalam biliknya dengan  majalah-majalah  surat khabar lama dalam keadaan berselerak dan siapa lagi kalau bukan emaknya tolong kemaskan balik. Hadiah yang paling mahal Harun pernah dapat ialah sebuah periuk nasik je dari pertandingan sukaneka di kampong beliau. Itupun sampai ke hari ni Harun tidak membenarkan emaknya ambik dalam almari, paling bernilai ujar Harun. Seperti hari hari biasa sebelah malam aktiviti Harun ialah membelek belek majalah dan surat khabar untuk mencari cari peraduan yang harus dia sertai. Tapi hari ni agak lain sedikit kerana dia menggunakan duit poketnya sendiri membeli majalah yang baru keluar dari pasaran. Mungkin gambar depan majalah tersebut artis kegemaran Harun beraksi seksi. Teka silang kata menawarkan hadiah sepuluh ribu pada tempat pertama, tujuh ribu tempat kedua dan beberapa lagi hadiah lain menyebabkan Harun bersungguh-sungguh pada malam itu. Sampai pagi Harun menjawab soalan dalam peraduan majalah tersebut. Yakin bukan main Harun ketika hendak mengposkan jawapan dengan disertai beberapa doa, termasuk doa cepat dapat jodoh sebelum meletakkan sampul dalam tong di pejabat pos. Beberapa pekerja pejabat pos memang dah biasa dengan gelagat Harun disana, yang menegur sinis pon ada jugak disebabkan hobi Harun ni. Namun Harun membalas dengan senyuman ikhlas kerana dia sememangnya sentiasa cool, lincah, ramah mesra dengan semua orang. Itu lah Harun persis vokalis kumpulan rock..

Pada malam itu juga, berlangsung siaran Anugerah Bintang Popular dalam tibi 3. Harun dihidangkan dengan kerepek pisang yang dibeli dekat pekan oleh emaknya. Sambil emak Harun jugak ralit menonton bersama. Bukan sekadar menonton siaran itu kerana  Harun menyertai jugak peraduan teka artis mana yang berjaya menggondol kategori kategori yang dipertandingkan. Hadiah pertama sebuah kereta Naza Citra. Banyak jugak borang yang dihantar Harun. Seperti tahun tahun sudah kebanyakkan jawapan Harun memang tidak kena yang dijawabnya. Yang paling dia baran malam tu, semua borang yang dihantar, Harun memilih Mawi sebagai penyanyi paling popular, sedangkan pemenang sebenar ialah Shah Inderawan. Dalam kategori lain ada jugak yang Harun tukar tukar jawapan. Marah kemain Harun sampaikan terus dia patah patahkan semua cakera padat tiruan Mawi dalam bilik, mujur lah ditenangkan oleh emaknya yang juga peminat nombor satu Mawi Berterusan sehingga hari ini baran kepada Mawi. Tak sedar si Harun ni, padehal dia yang bangang pilih Mawi.

Selang seminggu, Harun bertugas seperti biasa dengan menghantar surat surat. Jika tiada kerja, Harun menggangu nakal pekerja perempuan satu pejabat membuat kerja. Tiba- tiba ringtone henpon lagu Mawi berbunyi, sah milik Harun. Harun memerhati agak lama nombor yang tak dikenali keluar kaca skrin blekberrinya. Hairan, kalau tak emak, mesti bos yang talipon biasanya. Harun sebenarnya minat lagi dengan Mawi. Rapuh betul jiwanya kalau dengan Mawi.

Harun  : Assalamualaikum
Editor  : Waalaikumusalam, encik Harun Bin Deraman ke ?
Harun  : Ya, saya Harun. siapa ni ?
Editor  : Saya editor majalah, tahniah encik Harun, awak dipilih sebagai pemenang kedua pertandingan silang kata di majalah kami
Harun  : Yahuuuuu....!!



Bergegas Harun pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira kepada emaknya. Dalam perjalanan pulang dengan tersenyum senyum sambil bawak motor, bermacam macam fikiran dalam benak Harun. Semestinya kereta Proton Wira tahun 1998 milik Pak Lang . Baru saja bulan lepas Pak Lang menanyakan Harun jika ada berniat hendak membeli kereta terpakai. Pak Lang Harun hanya mahu lima ribu, harga anak beranak kiranya.. `Dua ribu lagi boleh la aku make-up kereta tu` bisik Harun seorang diri.. Ponn ponnn...!! kereta kat belakang menekan hon kerana Harun tak berapa nampak lampu isyarat dah bertukar hijau. Harun dah khayal dengan kereta wiran ni..

Harini Harun dah menghiraukan burung dan ikannya, terus meluru mencari emak kat dapur..

Emak   : Engko kenapa Harun beriya benar
Harun  :  Run dapat hadiah tujuh ribu mak..teka silang kata. Run ingat nak beli kereta ngan pak lang
Emak   : Sebenarnya mak jugak ada berita nak bagitahu engko. Pejabat Tabung Haji talipon emak. Dorang cakap mak dah boleh pergi haji bulan depan. Ada kosong, sebab ada kematian jemaah lain. Mak tak bagi keputusan lagi. Duit belanja mak dah habis sebab adik engko sambung belajar kat Perlis nun. Tapi dah engko nak beli kereta. Mak talipon balik, cakap kensel..


Buntu Harun buntu. Sejam dalam bilik, baring sebelah kanan pening, mengiring sebelah kanan sakit kepala.. Akhir sekali Harun lepak dengan burung dan ikan..  Nekad..Harun dah buat keputusan untuk memberi duit kemenangan kat emaknya..
Dua tiga hari sugul Harun dipejabat, tiada lagi gurau senda Harun dengan pekerja. Dengan pelanggan bos pon Harun mahu gaduh sebab remeh temeh. Hancur hati Harun nak bergaya dengan kereta wira dan makwe.
Sambil lemah Harun berjalan untuk pergi makan nasik tengahhari, kemudian mendapat satu panggilan talipon.. Tanpa melihat siapa yang membuat panggilan terus Harun menjawab..

Harun   :  Helo, siapa ?
P. Bank : Saya wakil dari Bank BSN, awak Harun Bin Deraman
Harun   : Ya saya, maaf cik.. Saya tak pernah hutang ngan bank, mak saya kaya.
P. Bank:  Tak tak.. Begini cik, sebelum tu saya nak ucap tahniah...
Harun  :  Kenapa cik, encik mahu derma sejuta ke kat saya ?
P. Bank: Haha.. cik Harun ni suka main main. Sebenarnya awak telah berjaya dalam cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium
Harun  : Oooo.. saya simpan lima ratus ringgit pon dapat hadiah.. ok, kalau periuk nasik saya tak nak cik.. cik bagi la sedekah kat sape sape
P. Bank : Awak menang kereta Toyota Camry 2.0
Harun   : ASTAGHFIRULLAH.....!!!! 





***
watak sesuka hati gua nak bubuh, kalau kebetulan mintak maaf..
cerita khayalan semata mata..

No comments:

Post a Comment