Saturday 11 February 2012

Sinetron Novel

 Ya gua dari parti bebas semestinya gua bebas untuk menulis apa sahaja yang gua nak tulis. Gua nak cerita trend drama dan filem kat Malaysia yang di ciplak dengan izin dari novel novel tersohor. Memang kebiasannya la novel cinta selalunya dibaca oleh makwe2 dan isteri yang kesunyian dirumah. Kalau pakwe yang baca memang gua nak sebat. Guna baucer buku kerajaan pulak tu beli novel.

  Malu jugak nak mengaku yang gua pernah baca novel cinta, tapi tapi 12 tahun lepas. Baca sekali lagi, 12 tahun yang lepas okayy. Tak ingat la berapa bijik yang buat gua berangan ni, rasanya lebih 5 bijik dan tak lebih 6. Steady kan, sebab tu PMR gua hancur. Start form 4 memang gua tak baca sampai la sekarang tahu.. kenapa ?

  Gua rasa novel ni dah guna rangka cerita yang hampir sama, cuma watak dan jalan cerita saja berbeza. Heronya pulak semestinya kacak dan kaya raya sehinggakan mampu beli kapal terbang peribadi. Harta bapak dia je sebenarnya. Permulaan cerita dikatakan agak nakal, kaki betina, kaki pukul, kaki tengok porno pon memang tak dinafikan lagi. Heroin bak makwe 1 dalam 100ribu serupa Ning Baizura memang takde la, sekurang kurang Izara kalau dalam drama. Hidup biasa biasa, kalau tak anak angkat mesti anak yang kematian ayah ibu untuk menambahkan lagi kedaifan.

  Bila dah jumpa terus jadi baik si hero nak tackle heroin. Bukan senang nak tackle first2 ni, dah la jual mahal. Padahal dalam hati memang nak peluk peluk je hero berbadan sasa macam gua ni.. hmmm. Plot pulak memang dah agak, hero ada gefren lama jadi musuh secara senyap dan terbuka kat heroin. Bekas rakan heroin pulak atau rakan sekerja mungkin yang syok kat heroin pon ada kadang2. Mula lah hero buat macam macam nak tackle heroin. Last sekali kahwen, ah seronoknya baca berjam jam. puii...!
Cer try buat novel hero kerja buruh serupa gua, tak laku sampai akhirat gayanya..

  Berbalik pulak televisyen menyiarkan drama adaptasi ni bermula dengan Nora Elena. Drama yang sangat2 popular dimana Seth Tan sebagai hero menjadi tajuk status utama kat pesbuk, dari pukul 7 sampai keseokannya. Barannya gua sampai takde status lain keluar kat news feed. Sampai episod akhir entah cemana terbuka hati nak tengok jugak, yang sebenarnya dah 5 6 tahun memang gua tak tengok drama melayu bersiri. Bizi barangkali. Dari tahun lepas drama Nora Elena, bersambung ke awal tahun ni dengan filem Ombak Rindu yang mencecah lebih 10juta ringgit hasil jualan tiket. Ombak Rindu ni macam biasa plot novel cinta, tapi gua baca sampai dua kali dulu. Padan la muka gua ada iras iras eron aziz. Orang lain la yang cakap.

  Sekarang ni pulak Gemersik Kalbu kat tibi3 dan Bicara Hati kat astro. Bala bala, gua terjebak. Macam takde keje lain tunggu drama kat tibi.

  Okay.  Buat awak yang gemar menonton tu, jangan la terikut ikut sangat sampai nak pakwe macam dalam drama. Sampai ke tua awak memang tak jumpa. Yang jantan keberet tak payah la engko berlakon depan makwe jadi seth tan, eron aziz sendiri pon cakap mana ada orang serupa tu. Sampai ke nama dalam fesbuk tukar. Bangang..!

  * dah, gua nak tengok gemersik kalbu episod akhir yang miss sebab gua pilih main bola petang tadi. ternyata bola menjadi keutamaan dari drama. kehkehkeh

Monday 23 January 2012

Masalah Biasa

 Salam..

Umur gua baru nak mencecah 26 lu tahu dak, tapi gua rasa makin lama makin banyak masalah hidup ni timbul. Rasa macam masalah nak ambik SPM pon tak gini, padan la SPM gua takdak sebijik pon pairs ace. Ya betul kata kata pemes, kalau dah bergelar inson semestinya memang selalu ada masalah. Burung yang bebas diudara jika time takdak makanan nak bagi anak dia makan pon cemas jugak gua rasa.

 Ok, begini ceritanya. Hidup gua yang bertamadun dengan adanya keluarga, kawan, fesbuk memang berdepan dengan berdepan sifat fikrah manusia iaitu ingin memberi hujah dan pendapat. Pemerhatian gua dari kesah bola, politik, tatasusila negara, cinta dan agama mesti memilih samada PRO dan KONTRA (P&K). Walau memang dah disahkan difatwakan diluluskan oleh Sepp Blatter misalnya, mesti ada saja P&K dari cendiakawan, pemerhati bebas serta penulis picisan .

 Katakan :-

Khairul Fahmi banyak skandal dengan makwe
1. Suka hati dia la, dia tak kacau makwe lu
2. Tak boleh dia buat macam tu, nanti terjejas imej sebagai pemain bola sepak

Menegur kawan fesbuk yang selalu post tentang pakwenya
1. Tak tegurkan kawan pulak, tak elok menunjuk
2. Post macam tu nak bagitahu  ke`caring`nya tentang pakwe dia. alololo, sweet!

Ustaz Azhar selalu menggunakan perkataan kasar dalam ceramah
1. Nak bagi kesedaran supaya cepat masuk dalam kepala
2. Tak suka la cara dia ceramah, kan islam itu diseru menggunakan perkataan baik

Dato Najib menyeru mengundi Umno
1. Parti Umno adalah yang membuat kita merdeka dan banyak berjasa kepada rakyat
2. Tak suka dengan pentadbiran Dato Najib yang banyak ketirisan

Pengadil dalam bola dalam padang mesti ada 2 orang
1. Baru senang nampak kesalahan yang dilakukan oleh pemain
2. Bangang apa pengadil 2 orang, nak buat keputusan cemana woi

Anak nak kahwin tapi kena hidup dengan emak ayah
1. Mesti la tugas anak jaga parent diorang
2. Pasangan berkahwin kena hidup berdikari, baru mencabar dan agak sedak

Hahh, cemana nak setel ni kalau gini. Kita berhak memilih dan memberi pendapat tapi kalau ikut P&K semua serupa betul, paling tidak nak pilih 1 pon betul nak pilih 2 pon boleh tahan kan sebagai contoh. Sebenarnya bukan masalah gua kat atas tu. Cuma gua nak bagitahu bila kita berdepan dalam keadaan macam ni kita mungkin akan pikir banyak kali. Nak ikut kata hati sendiri takut salah, nak ikut kata orang kalau betul bala pulak.

Atau perlukah istikharah, usaha, tawakkal dan redha ?

Sunday 25 December 2011

Surat Chenta

  Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ... Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap semua percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.

  Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan.

  Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya... ..!!! Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya.

  Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur." "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami.

  Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati. "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ....... "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu..


   Kepada ........ Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
   Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. 
   Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah solat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu,saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. 
   Saya memohon anda solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb 

***

  Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan. "Kenapa kamu memilih dia......?" "Kerana dia manusia biasa........ " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari.

  Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.." "Maksudnya?" "Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan nama.

  Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat skripnya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin. Wallahu 'alam


*kah kah kah. 5tahun gua simpan surat berantai berpuaka ni, saja nak simpan kat sini.

Wednesday 21 December 2011

Rezeki Harun

 Seorang pemuda Harun Bin Deraman, umur 28 bujang tinggal bersama mak serta adiknya Junaidah. Harun kerja sebagai mat despatch di pejabat peguam milik bosnya, Encik Rosli. Harun mula bertugas semenjak kematian arwah ayahnya juga bekerja dengan Encik Rosli sebagai despatch 7 tahun yang lepas. Setiap hari Harun berulang alik kerja dengan Suzuki RG dan  menghantar surat kepada pelanggang diseluruh Melaka. Kadang-kadang panas terik, kadang-kadang hujan lebat menyebabkan Harun berimaginasi dia memerlukan sebutir kereta. Lagian, arwah ayah Harun hanya meninggalkan sebuah rumah biasa dan sebidang tanah dihadapan rumah. Susah hendak kemana mana dengan emak dan adik, pergi makan kenduri rumah saudara jauh misalnya. Mungkin jugak dia kini masih tidak mempunyai makwe oleh kerna tidak mempunyai kereta, walau rupa paras serupa vokalis kumpulan rock May jika dilihat dari jauh. Kalau la mempunyai sebutir kereta, mesti ada makwe mintak nombor talipon dengan member dia, sekurang kurang makwe berkelip mata lambat kalau memandang Harun. Getus nakal dalam otak Harun sambil tersenyum sipu malu. Lalu menghidupkan motornya setelah berhenti seketika dipertengahan jalan dek hujan lebat. `Kalau jodoh tak kemana walau takde makwe`, kata kata pemangkin semangat dari Junaidah sampai hari ni Harun tanam pada fikirannya dipelosok paling dalam..

Sampai saja kat rumah, benda yang pertama Harun buat ialah memeriksa burung dalam sangkar dan ikan di akuarium sambil memberi makan. Sayang sungguh Harun dengan binatang peliharaannya. Selesai operasi tu, barulah Harun naik atas rumah bagi salam kat emaknya.Orang lain sampai rumah pergi jenguk mak dulu, kemudian buat benda lain. Bangang jugak si Harun jika dikira dalam situasi ni. Namun Harun amat menyayangi emaknya lebih dari segala-gala kat atas dunia dalam kebangangannya. Adik perempuan Harun, Junaidah. Baru saja mendaftar dekat Kolej Kejururawatan di Perlis. Nasib baik emak dapat bekerja kat kantin sekolah ditepi rumahnya, tak la boring sangat emak Harun kalau dia tiada kat rumah. Kalau tak, emak Harun terpaksa memandang muka vokalis rock May tiap tiap hari. Selesai solat isyak, seperti biasa emak Harun memanggil untuk makan malam bersama sama. Itu la salah satu yang ditekankan oleh arwah ayah sejak dari kecik, solat. Sehingga kini keluarga Harun masih meneruskan amalan murni itu. Semasa Harun kecik, jika dia meninggalkan solat mesti ada tanda melekat di badan Harun takpun ditangan akibat dirotan. Kadang kadang Harun ada jugak menaruh perasaan dendam dulu, tapi bila diingatkan sekarang memang betul tabiat semulajadi ayahnya. Harun memang rajin solat walaupun arwah sudah lama meninggal, kadang kadang tu ada jugak terlepas. Maklumlah remaja lincah seperti Harun.

Jika tidak keluar melepak dengan kawannya pada waktu malam, Harun mempunyai hobi yang jarang jarang di temui sekarang ni. Menyertai peraduan atau pertandingan terdapat dalam majalah dan surat khabar yang dirembat oleh Harun dipejabat bawa balik rumah. Tak lupa jugak yang diiklankan dalam tibi, kertas yang digantung dalam pasaraya, seperti peraduan PowerRoot contohnya. Malah peraduan kanak kanak dalam keropok jugak gemar Harun sertai. Harun Harun...!! Maka, jenuh la dalam biliknya dengan  majalah-majalah  surat khabar lama dalam keadaan berselerak dan siapa lagi kalau bukan emaknya tolong kemaskan balik. Hadiah yang paling mahal Harun pernah dapat ialah sebuah periuk nasik je dari pertandingan sukaneka di kampong beliau. Itupun sampai ke hari ni Harun tidak membenarkan emaknya ambik dalam almari, paling bernilai ujar Harun. Seperti hari hari biasa sebelah malam aktiviti Harun ialah membelek belek majalah dan surat khabar untuk mencari cari peraduan yang harus dia sertai. Tapi hari ni agak lain sedikit kerana dia menggunakan duit poketnya sendiri membeli majalah yang baru keluar dari pasaran. Mungkin gambar depan majalah tersebut artis kegemaran Harun beraksi seksi. Teka silang kata menawarkan hadiah sepuluh ribu pada tempat pertama, tujuh ribu tempat kedua dan beberapa lagi hadiah lain menyebabkan Harun bersungguh-sungguh pada malam itu. Sampai pagi Harun menjawab soalan dalam peraduan majalah tersebut. Yakin bukan main Harun ketika hendak mengposkan jawapan dengan disertai beberapa doa, termasuk doa cepat dapat jodoh sebelum meletakkan sampul dalam tong di pejabat pos. Beberapa pekerja pejabat pos memang dah biasa dengan gelagat Harun disana, yang menegur sinis pon ada jugak disebabkan hobi Harun ni. Namun Harun membalas dengan senyuman ikhlas kerana dia sememangnya sentiasa cool, lincah, ramah mesra dengan semua orang. Itu lah Harun persis vokalis kumpulan rock..

Pada malam itu juga, berlangsung siaran Anugerah Bintang Popular dalam tibi 3. Harun dihidangkan dengan kerepek pisang yang dibeli dekat pekan oleh emaknya. Sambil emak Harun jugak ralit menonton bersama. Bukan sekadar menonton siaran itu kerana  Harun menyertai jugak peraduan teka artis mana yang berjaya menggondol kategori kategori yang dipertandingkan. Hadiah pertama sebuah kereta Naza Citra. Banyak jugak borang yang dihantar Harun. Seperti tahun tahun sudah kebanyakkan jawapan Harun memang tidak kena yang dijawabnya. Yang paling dia baran malam tu, semua borang yang dihantar, Harun memilih Mawi sebagai penyanyi paling popular, sedangkan pemenang sebenar ialah Shah Inderawan. Dalam kategori lain ada jugak yang Harun tukar tukar jawapan. Marah kemain Harun sampaikan terus dia patah patahkan semua cakera padat tiruan Mawi dalam bilik, mujur lah ditenangkan oleh emaknya yang juga peminat nombor satu Mawi Berterusan sehingga hari ini baran kepada Mawi. Tak sedar si Harun ni, padehal dia yang bangang pilih Mawi.

Selang seminggu, Harun bertugas seperti biasa dengan menghantar surat surat. Jika tiada kerja, Harun menggangu nakal pekerja perempuan satu pejabat membuat kerja. Tiba- tiba ringtone henpon lagu Mawi berbunyi, sah milik Harun. Harun memerhati agak lama nombor yang tak dikenali keluar kaca skrin blekberrinya. Hairan, kalau tak emak, mesti bos yang talipon biasanya. Harun sebenarnya minat lagi dengan Mawi. Rapuh betul jiwanya kalau dengan Mawi.

Harun  : Assalamualaikum
Editor  : Waalaikumusalam, encik Harun Bin Deraman ke ?
Harun  : Ya, saya Harun. siapa ni ?
Editor  : Saya editor majalah, tahniah encik Harun, awak dipilih sebagai pemenang kedua pertandingan silang kata di majalah kami
Harun  : Yahuuuuu....!!



Bergegas Harun pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira kepada emaknya. Dalam perjalanan pulang dengan tersenyum senyum sambil bawak motor, bermacam macam fikiran dalam benak Harun. Semestinya kereta Proton Wira tahun 1998 milik Pak Lang . Baru saja bulan lepas Pak Lang menanyakan Harun jika ada berniat hendak membeli kereta terpakai. Pak Lang Harun hanya mahu lima ribu, harga anak beranak kiranya.. `Dua ribu lagi boleh la aku make-up kereta tu` bisik Harun seorang diri.. Ponn ponnn...!! kereta kat belakang menekan hon kerana Harun tak berapa nampak lampu isyarat dah bertukar hijau. Harun dah khayal dengan kereta wiran ni..

Harini Harun dah menghiraukan burung dan ikannya, terus meluru mencari emak kat dapur..

Emak   : Engko kenapa Harun beriya benar
Harun  :  Run dapat hadiah tujuh ribu mak..teka silang kata. Run ingat nak beli kereta ngan pak lang
Emak   : Sebenarnya mak jugak ada berita nak bagitahu engko. Pejabat Tabung Haji talipon emak. Dorang cakap mak dah boleh pergi haji bulan depan. Ada kosong, sebab ada kematian jemaah lain. Mak tak bagi keputusan lagi. Duit belanja mak dah habis sebab adik engko sambung belajar kat Perlis nun. Tapi dah engko nak beli kereta. Mak talipon balik, cakap kensel..


Buntu Harun buntu. Sejam dalam bilik, baring sebelah kanan pening, mengiring sebelah kanan sakit kepala.. Akhir sekali Harun lepak dengan burung dan ikan..  Nekad..Harun dah buat keputusan untuk memberi duit kemenangan kat emaknya..
Dua tiga hari sugul Harun dipejabat, tiada lagi gurau senda Harun dengan pekerja. Dengan pelanggan bos pon Harun mahu gaduh sebab remeh temeh. Hancur hati Harun nak bergaya dengan kereta wira dan makwe.
Sambil lemah Harun berjalan untuk pergi makan nasik tengahhari, kemudian mendapat satu panggilan talipon.. Tanpa melihat siapa yang membuat panggilan terus Harun menjawab..

Harun   :  Helo, siapa ?
P. Bank : Saya wakil dari Bank BSN, awak Harun Bin Deraman
Harun   : Ya saya, maaf cik.. Saya tak pernah hutang ngan bank, mak saya kaya.
P. Bank:  Tak tak.. Begini cik, sebelum tu saya nak ucap tahniah...
Harun  :  Kenapa cik, encik mahu derma sejuta ke kat saya ?
P. Bank: Haha.. cik Harun ni suka main main. Sebenarnya awak telah berjaya dalam cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium
Harun  : Oooo.. saya simpan lima ratus ringgit pon dapat hadiah.. ok, kalau periuk nasik saya tak nak cik.. cik bagi la sedekah kat sape sape
P. Bank : Awak menang kereta Toyota Camry 2.0
Harun   : ASTAGHFIRULLAH.....!!!! 





***
watak sesuka hati gua nak bubuh, kalau kebetulan mintak maaf..
cerita khayalan semata mata..

Saturday 3 December 2011

Saya Dan Mereka #2

 Sorry lama sangat nak sambung volume 2 ni, saya bizi dengan hal hal politik, kerja dan lain lain lah. Ok, abang sulong saya ni dah nak cecah 39 kerja panjat tower Celcom, bini cikgu dan anak 5 tak termasuk yang dalam perut ketika entri ini ditulis. Boleh dikatakan dia abang terbaik dalam dunia bagi saya kerana dia satu satunya sumber duit poket adik adik dan tak pernah jemu dalam membantu hal ehwal keluarga kami. Baiknya dia Ya Allah.. *pinjam 10k, nak kahwen.  Mungkin erti kesusahan masa kecik dan remaja beliau menyebab dia tak mahu adik adik susah serupa dia dulu. :( . Pernah jugak dia ada cerita dulu zaman ITM sekarang dikenali Uitm, buat kerja haram jual rokok dan megi segera dalam asrama. Abah tak bagi duit belanja lebih atau memang sebab cari duit nak enjoy sampai sekarang dia tak nak cakap kat saya. Pelanggan yang paling liat nak bayar hutang rokok awak tahu sapa? Mazidul Akmal Sidek, pengacara poyo TV3 tu.. Cer tengok bibir Mazidul yang hitam legam tu sekarang, tak sedar dia memang dah hitam. Punya la minat kemain berbisnes sejak zaman ITM sampai la sekarang, kadang kadang steady kadang kadang habis licin termasuk modal. Hehehe. Saya rasa nak tulis cerita tentang dia, tengok la 2 tahun lagi siap rasanya..

 Kakak nombor dua ni agak pendiam, suami orang Kota Bharu menetap disana dan anak 4 orang. Kurang power jugak abang ipar saya ni, pernah sekali keluar dengan saya dan ada orang bagi Pil Cargas, tanpa usul periksa main telan situ jugak. kahkahkah. Tapi sembahyang jemaah kat masjid tak pernah tinggal kalau balik rumah saya, kat rumah dia pon begitu jugak gamaknya. Kakak saya ni masa belajar kat ITM jugak follow kumpulan Al-Arqam, nak jadi muslimah sejati kabornya dan sememang dia seorang muslimah idaman jejaka jejaka kampus. Masa tu mana ada kumpulan atau kelab islamik yang lain nak sertai, jawab beliau setelah abah ngan mok soal selidik aktiviti dia. Saya curi baca dalam diari dia ni woii. Mujur sempat dia perasan Abuya ialah ustaz kurang waras nak jadi penggangti nabi bagai seterusnya beberapa bulan dia keluar dari kumpulan tu, kerajaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam. Pandai betul tindakan Mahathir jika tercium ada individu nak rampas kerusi Perdana Menteri. hiks. Kakak terbaik jugak kiranya sebab tak pernah marah saya sampai sekarang walau saya selalu kacau dia nak solat masa kecik kecik dulu. Yang saya tak puas hatinya, cemana dia boleh snap gambar bogel lepas dia mandikan saya masa umur 6 bulan, dah la dekat sampai nampak sebijik sebijik. Kalau saya jadi hero Cinta Elysa tak pon finalis Imam Muda sekarang, memang saya tanam gambar tu dalam tanah.

 Nombor tiga perempuan jugak, umur sebaya Ronaldo Brazil botak. Kahwen dengan jiran kampong yang dulunya seorang ustaz kat sekolah menengah di Sabah sekarang sambung belajar nak jadi pensyarah universitas mungkin. Tak nak sebut kampong dia sebab tak femes langsung. Tapi tapi, abang ipar saya ni punya la power dan murah rezeki. Anak dah nak masuk 8 ketika entri ni ditulis sampaikan kakak saya kerja melahirkan anak je, walau ada diploma ITM busines studi aka DBS. Dengar khabar nak tambah lagi 3 anak kalau ada rezeki. Amat rapat dengan saya dulu kini juga, muka hampir sama dan garang nak mampos masa saya kecik begitu jugak dengan anaknya sekarang. Dulu dulu kalau mok saya takde kat rumah keluar out station, memang saya menganggap dia mak tiri kami. Biasala budak budak pengaruh tibi, asal garang je cop mak tiri. Depan depan abang ipar, berubah jadi muslimah sejati pulak kakak saya ni. keh keh keh.. Sebenarnya bukan garang sangat pon, sifat anak ke 3 tu begitu menonjol kat diri dia. Awak nak tahu, garang dia menyebabkan anak saudara saya semua dengar kata dan amat bagus dalam banyak aspek walaupon nakal budak budak. Pada pertengahan 90an setakat lagu Febians, Melisa, Terra Rosa alaa lagu yang awak awak nyanyi kat karaoke sekarang tu semua dia ingat. Amat meminati Andy Lau, Leornardo DiCaprio dan paling gampang 4u2c semasa zaman kegemilangan beliau. Gambar budak budak tu semua penuh dia tampal kat buku buku, nama glemer pon dah tukar jadi Fiona. hmmmm.. Namun dia sebenarnya jugak seorang muslimah dulu, jika keluar rumah atau pergi berjalan memang pakai jubah la. Tapi bergayut ngan abang ipar 3 jam boleh pulak. Dio cakap kat saya, dia muslimah rock yang jaga tatasusila keluarga dan agama. Peh, cakap besar jugak kakak saya sorang ni.

*kalau la zaman remaja dorang ada internet ada fesbuk bagai, tak tahu la cemana jadinya :)
okay, dah cerita sedikit abang kakak 70an, adik beradik 80an bersambung entri akan datang. minggu depan kot.. kakaka. serupa drama melayu pulak tulis blog kene tunggu tiap minggu.

Saturday 26 November 2011

Saya Dan Mereka #1

 Salam 1 Muharam detik permulaan.. Ok, sebelum saya akan menulis mengenai orang lain atau Mahathir sekalipon, rasa tidak sedak hati pulak kalau tak bercerita mengenai saya sendiri. Prinsip saya ialah tiada rahsia antara kita dan semua benda tak cerita kat orang. Maksudnya kalau awak tanya saya kerja kat mana, umur brapa, makwe ada brapa orang saya akan jawab, tapi kalau awak tanya berapa kali saya mandi hari ni memang awak nak kene lempang.

 Saya dilahirkan pada tahun 1986 dalam kawasan Ayer Lanas, Jeli Kelantan dan berpindah kat area Tanah Merah pada tahun 1991 rasanya. Sebelah daerah Jeli jer awak. Sekolah rendah kat T.Merah, tapi sekolah menengah kat Jeli balik dan T.Merah pulak lepas tu. Sambung sampai Tingkatan 6 bawah je sebab gatal nak keluar dari kehidupan boring boring kat T.Merah iaitu kat Poli Dungun Terengganu. Awal 2008 stat mencari nafkah untuk diri sendiri dengan tidak bekerja dengan sesiapa sampai entri ini di tulis. Kerja sendiri la orang kabor. Kalau lepas ni saya jadi Adun atau Pensyarah Uitm jangan malu malu tegur ye awak. Cakap folower blog atau rakan fesbuk mesti saya ingat.

 Pertama sudah tentu abah saya yang saya nak cerita. Dia ni jenis suka buat banyak kerja dari muda sampai la sekarang berumur 65, masih sihat kuat ranggi dan memiliki akaun twitter secara rahsia. Sebelum berkahwen ngan mok saya, dia kerja kat Singapura pada 60an dan hampir hampir nak register jadi wargenegara Singapura. Mesti saya serupa Aaron Aziz kan kalo jadi dia sain, amacam. Balik je sini dapat kerja driver ambulans ngan Hospital Ayer Lanas dan lain lain, 1994 driver ambulans kat empangan Pergau masa tu baru dibina. Abah saya ni muka bekeng kakak abang saya semua takut kecik kecik dulu, tapi anak anak dia tak pernah pulok kena rotan ke tampor ke. Dia punya power selalu mengikut kehendak anak anak dia, ajak pergi ekspo misalnya. Lagi power dia, suka buat benda baru atau usaha sendiri jika nak buat projek. Rumah saya ni ada stor penuh dengan barang DIY dia tu, mesin rumput mesin potong kayu balak tu biasa. Generator basuh kereta dan alat welding ni saya masih tak paham kenapa dia beli. Dia pernah cakap, kalau dulu datuk saya kaya, dia pernah dapat tawaran sekolah MCKK dan mungkin sebilik dengan Anwar Ibrahim. Tapi, ye ko dok tahu abah saya tu, takut takut saja nak bagi semangat saya belajar je.

 Lepas abah mesti la mok saya. umur 58, masih tiada uban, ustazah budak budak ngaji dan taksub menoreh getah. Dia punya spirit nak menoreh getah tu macam pelik sikit, selalu tak mahu ketinggalan dalam aktiviti tu. Pernah jadi walau ada kebun sdiri, masih lagi pergi menoreh kebun orang lain. Alasan sayang kebun kita sikit, bagi orang je setel. Rakan baiknya masa sekolah rendah dulu baru je pencen jadi cikgu besar walhal mok saya ni lebih pandai dari dia tu. Tahu la mok saya ni, dia cakap homesick masa kat sekolah menengah last last balik melepak kat rumah. Ini cerita benar dan disahkan oleh arwah datuk. Peduli apa pun you are number 1 in my heart.

*bersambung. (ada orang cakap, buat macam ni baru banyak entri)

Thursday 24 November 2011

Hahaiii..

   Assalamualaikum salam pembuka bicara.. Peh, serupa esei syarahan PMR pulak. Gua nak bagitahu lu bahawasanya gua hari ni stat menulis blog yakni menceburi bidang dimana orang itu bercakap sorang diri, menaip kemudian padam, baca sepuluh kali apa yang ditulis kemudian tak jadi post sebab tak sedak langsung mungkin. Nak tulis tiga baris ni pon gua rasa dah 30minit masa bejalan, mungkin bagi orang baru serupa gua agak susah. Kalau ayat dan prosakata mahupun wacana gua tunggang langgang lu baca. Maafkan gua, gua ibarat muaalaf yang baru memelok agama islam dalam dunia menjanjikan kepuasan imaginasi diri yang agak maksima. Alaa serupa Seth Tan solat dalam Nora Elena, macam mana?

  Dalam hati dah lama nak berbeloger, tapi harini baru terjumpa ada tulis create blog. Niat asal bukan nak surfin laman web porno ye adik, jangan anggap abang bukan bukan macam takde keje lain nak surf internet. Sebenarnya gua takut nak try, takut kena bahan secara berjemaah kat fesbuk, takut takde orang baca pon boleh tahan jugak rasa bangang. Ok, pasni gua nak taip banyak banyak untuk gua baca sendiri dan uji kaji tahap kemampuan menaip dengan berilmiah baik sempurna bagai. Kalau sedak ramai la kot yang baca, 3 orang sebulan pon gua dah boleh mencapai klimaxs dalam menaip dan berimaginasi. Andaikata tak sedak langsung blog gua, 5% pujian 95% kutukan, cercaan, mangsa cacian dari hasil roll dijalankan, gua akan ambik peduli..
  
  Gua nak ucap terima kasih kat dia ni eyqa dan bella sebab tolong bagi semangat dan sedikit tunjuk ajar yang tak berbelah bagi kerana wujud salah sorang lagi bloger yang boleh merosakkan lagi imej pengkarya blog dan pengusaha cyber cafe. Kenapa dua dua makwe..? sebab gua malu nak tanya member laki yang suam suam kuku akrab dan takde pon member puaka yang berblog, gua bukan pesen ada usaha atau DIY sendiri kalau benda baru. *tak sedak pon baca
 
   Entri atau bahan yang gua nak post lepas ni gua pon tak tahu, lu baca la kalau rajin kan. Gua tidak menjanjikan entri yang boleh mencapai kepuasan nafsu berahi lu atau mungkin jugak memenuhi ciri ciri makwe idaman lu. Tapi gua akan mengerahkan segala idea yang ada sepanjang hidup gua untuk dikongsi dengan lu semua.
 
   Cukup la tu mukadimah dan penutup bicara, malas. Bai.